TEMA :
MENYIASAT BENDA HIDUP
TOPIK 3 :
HAIWAN DAN TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI
3.1
PERLINDUNGAN HAIWAN DARIPADA BAHAYA DAN MUSUH
Cuba anda perhatikan gambarajah di bawah. Kenalpasti
beberapa haiwan yang terdapat dalam gambar.
Jawapan :
Kupu-kupu, belalang ranting dan kumbang tanduk.
Untuk terus hidup, haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya. Haiwan mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi dirinya daripada dimakan oleh haiwan lain atau diancam oleh manusia.
CIRI-CIRI
KHAS HAIWAN
1. BAU BUSUK
- Sesetengah haiwan mengeluarkan bau yang kuat
dan busuk untuk menghalau musuhnya.
- Contoh haiwan yang mengeluarkan bau busuk
ialah:Lipas,skunk,kumbang dan pepijat.
Lipas |
Skunk |
Kumbang |
-Ada serangga yang mempunyai sengat untuk mempertahankan dirinya daripada musuh.
-Lebah dan tebuan mempunyai sengat yang boleh melemahkan musuhnya.
Lebah |
Tebuan |
-Kala jengking dan lipan mempunyai sengat beracun yang boleh membunuh mangsanya.
Kala jengking |
Lipan |
3.
TARING
-Ular mempunyai taring yang beracun untuk
melindungi diri dan membunuh musuh. Ia akan mengeluarkan bisa apabila
menggigit.
Ular tedung |
4.
DURI TAJAM
-Terdapat juga haiwan yang mempunyai banyak
duri tajam pada permukaan badannya. Selapisan otot pada badannya dapat mengawal
pergerakan duri-duri ini supaya dapat ditegakkan sebagai tanda amaran apabila
diancam.
-Duri yang terdapat pada haiwan seperti landak
boleh mencederakan musuh yang mendekati atau menyerangnya.
Landak |
Video landak melepaskan diri daripada musuhnya.
-Keseluruhan badan ikan buntal diliputi dengan
duri tajam. Bila ikan ini diancam, badannya akan mengembung, menyebabkan
durinya menjadi tegak. Ini akan menakutkan musuh.
Ikan buntal |
5.
PENYAMARAN
-Sesetengah haiwan berupaya menukar warna badannya serupa dengan persekitaran dan sesetengah haiwan bersepadu dengan persekitarannya.
-Teknik penyamaran digunakan untuk menyembunyikan diri daripada musuh dan mangsa.
-Harimau dan kuda belang mempunyai jalur supaya dapat bersembunyi di dalam semak.
Harimau |
Kuda belang |
-Rusa, arnab dan tupai berwarna coklat yang sepadan dengan warna batang pokok dan tanah.
Rusa |
Arnab |
Tupai |
Belalang ranting |
-Sesetengah
kupu-kupu pula mempunyai dua tompok besar pada sayapnya yang kelihatan seperti dua biji mata.
Sejenis spesis kupu-kupu |
-Sumpah-sumpah menukar warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Sesumpah |
6. SISIK KERAS, BULU TEBAL DAN CANGKERANG KERAS
-Terdapat haiwan yang diliputi dengan sisik keras, bulu tebal atau cangkerang keras untuk melindungi diri daripada musuh.
-Contohnya,
buaya dan tenggiling mempunyai sisik keras bagi melindungi badannya daripada kecederaan.
Buaya |
Tenggiling |
-Penyu,siput babi,kerang dan ketam mempunyai cangkerang keras untuk melindungi diri daripada musuh.
Penyu |
Siput babi |
Kerang |
Ketam |
-Sesetengah herbivor mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk melindungi diri daripada musuh.
-Ada haiwan yang mempunyai kaki yang panjang
dan berotot kuat untuk membantunya berlari dan melepaskan diri daripada musuh.
-Terdapat haiwan yang melindungi diri dan memburu mangsa menggunakan kuku yang tajam.
-Sesetengah haiwan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik untuk membantu mengesan musuh dengan lebih awal.
-Contohnya, helang mempunyai penglihatan yang baik manakala arnab mempunyai pendengaran yang baik.
KELAKUAN
KHAS HAIWAN
Selain daripada ciri-ciri khas, haiwan juga mempunyai kelakuan khas untuk melindungi diri daripada bahaya atau musuhnya.
1.
MENGGULUNG BADAN
-Ulat gonggok dan tenggiling menggulung
badannya apabila rasa terancam bagi melindungi diri daripada bahaya.
Ulat gonggok menggulungkan badan |
Tenggiling menggulungkan badan |
Video tenggiling melindungi diri daripada musuhnya.
2. BERPURA-PURA MATI
-Sesetengah kumbang dan ulat gonggok berpura-pura mati apabila diserang atau diganggu oleh musuh.
Kumbang berpura-pura mati |
3.
MENYEMBUR DAKWAT HITAM
5.
MENYOROK DI DALAM CANGKERANG
-Siput babi dan kura-kura menyorokkan kepala
dan kaki di dalam cangkerang apabila diserang oleh musuh.
-Sesetengah haiwan tinggal dan bergerak dari
satu tempat ke tempat lain dalam kumpulan. Ini membenarkan haiwan ini
mempertahankan diri bersama-sama ketika dalam bahaya.