Sunday 25 August 2013

HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH DAN BAHAYA : TAHUN 4

TEMA      : MENYIASAT BENDA HIDUP

TOPIK 3 : HAIWAN DAN TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI

3.1 PERLINDUNGAN HAIWAN DARIPADA BAHAYA DAN MUSUH

Cuba anda perhatikan gambarajah di bawah. Kenalpasti beberapa haiwan yang terdapat dalam gambar.

Jawapan :


Kupu-kupu, belalang ranting dan kumbang tanduk.


Untuk terus hidup, haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya. Haiwan mempunyai ciri-ciri dan kelakuan khas bagi melindungi dirinya daripada dimakan oleh haiwan lain atau diancam oleh manusia.


CIRI-CIRI KHAS HAIWAN

  1. BAU BUSUK

   - Sesetengah haiwan mengeluarkan bau yang kuat dan busuk untuk menghalau musuhnya.

   - Contoh haiwan yang mengeluarkan bau busuk ialah:Lipas,skunk,kumbang dan pepijat.

Lipas
Skunk

Kumbang
Pepijat


Video skunk mengeluarkan bau busuk untuk melindungi diri.


 2.    SENGAT
    
     -Ada serangga yang mempunyai sengat untuk mempertahankan dirinya daripada musuh.
     
     -Lebah dan tebuan mempunyai sengat yang boleh melemahkan musuhnya.
     
Lebah
Tebuan 

     -Kala jengking dan lipan mempunyai sengat beracun yang boleh membunuh mangsanya.

Kala jengking

Lipan



      3.    TARING

    -Ular mempunyai taring yang beracun untuk melindungi diri dan membunuh musuh. Ia           akan mengeluarkan bisa apabila menggigit.


Ular tedung


      4.    DURI TAJAM

    -Terdapat juga haiwan yang mempunyai banyak duri tajam pada permukaan badannya.         Selapisan otot pada badannya dapat mengawal pergerakan duri-duri ini supaya dapat       ditegakkan sebagai tanda amaran apabila diancam.

    -Duri yang terdapat pada haiwan seperti landak boleh mencederakan musuh yang                mendekati atau menyerangnya.

Landak


Video landak melepaskan diri daripada musuhnya.

     -Keseluruhan badan ikan buntal diliputi dengan duri tajam. Bila ikan ini diancam,                badannya akan mengembung, menyebabkan durinya menjadi tegak. Ini akan                      menakutkan musuh.


Ikan buntal


      5.    PENYAMARAN
            
     -Sesetengah haiwan berupaya menukar warna badannya serupa dengan persekitaran            dan sesetengah haiwan bersepadu dengan persekitarannya.
      
     -Teknik penyamaran digunakan untuk menyembunyikan diri daripada musuh dan                  mangsa.
       
     -Harimau dan kuda belang mempunyai jalur supaya dapat bersembunyi di dalam                semak.
            
Harimau
Kuda belang

     -Rusa, arnab dan tupai berwarna coklat yang sepadan dengan warna batang pokok dan        tanah.


Rusa
Arnab

Tupai

      -Belalang ranting menyembunyikan diri daripada pemangsanya dengan bersepadu                dengan persekitarannya. Serangga ini mempunyai badan yang panjang dan kurus                seperti kayu atau ranting.



Belalang ranting
     -Sesetengah kupu-kupu pula mempunyai dua tompok besar pada sayapnya yang                  kelihatan seperti dua biji mata.


Sejenis spesis kupu-kupu

     -Sumpah-sumpah menukar warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan                        persekitarannya.


Sesumpah


 6.    SISIK KERAS, BULU TEBAL DAN CANGKERANG KERAS
     
     -Terdapat haiwan yang diliputi dengan sisik keras, bulu tebal atau cangkerang keras          untuk melindungi diri daripada musuh.

     -Contohnya, buaya dan tenggiling mempunyai sisik keras bagi melindungi badannya              daripada kecederaan.


Buaya
Tenggiling
  
       -Penyu,siput babi,kerang dan ketam mempunyai cangkerang keras untuk melindungi          diri daripada musuh.


Penyu
Siput babi
Kerang
Ketam
      -Beruang, beruang kutub dan panda mempunyai bulu tebal untuk melindungi diri               daripada bahaya dan kecederaan.

Beruang
Beruang kutub


Panda



       7.    TANDUK TAJAM DAN KUAT
            
       -Sesetengah herbivor mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk melindungi diri            daripada musuh.

       -Contoh haiwan bertanduk tajam ialah rusa, badak sumbu dan kerbau.

Rusa
Badak sumbu





Kerbau















   8.    BERKAKI PANJANG DAN BEROTOT KUAT

       -Ada haiwan yang mempunyai kaki yang panjang dan berotot kuat untuk membantunya        berlari dan melepaskan diri daripada musuh.

       -Contoh haiwan ialah kuda, kuda belang dan antelop.


Kuda
Kuda belang


Antelop

     9.    KUKU TAJAM
     
        -Terdapat haiwan yang melindungi diri dan memburu mangsa menggunakan kuku yang           tajam.
       
        -Contoh haiwan yang berkuku tajam ialah singa, harimau dan helang.


Singa
Harimau




Helang


    10.  PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN YANG BAIK
            
        -Sesetengah haiwan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik untuk                      membantu mengesan musuh dengan lebih awal.
            
        -Contohnya, helang mempunyai penglihatan yang baik manakala arnab mempunyai                 pendengaran yang baik.


 KELAKUAN KHAS HAIWAN
         
 Selain daripada ciri-ciri khas, haiwan juga mempunyai kelakuan khas untuk melindungi  diri daripada bahaya atau musuhnya.

         1.     MENGGULUNG BADAN
  
      -Ulat gonggok dan tenggiling menggulung badannya apabila rasa terancam bagi                   melindungi diri daripada bahaya.


Ulat gonggok menggulungkan badan
Tenggiling menggulungkan badan



Video tenggiling melindungi diri daripada musuhnya. 



    2.    BERPURA-PURA MATI
            
       -Sesetengah kumbang dan ulat gonggok berpura-pura mati apabila diserang atau              diganggu oleh musuh.


Kumbang berpura-pura mati

      3.    MENYEMBUR DAKWAT HITAM
            
      -Sotong dan sotong kurita mengeluarkan dakwat hitam bagi melepaskan diri daripada         musuh.


Sotong
Sotong kurita



Video sotong mengeluarkan dakwat hitam apabila diancam musuh.


       4.    MENANGGALKAN EKOR
            
     -Cicak menanggalkan ekornya apabila diserang oleh musuh.


Cicak menanggalkan ekor

        5.    MENYOROK DI DALAM CANGKERANG

        -Siput babi dan kura-kura menyorokkan kepala dan kaki di dalam cangkerang                   apabila diserang oleh musuh.

Siput babi menyorokkan badan dalam cangkerang
Kura-kura menyorokkan kepala, kaki dan tangan dalam cangkerang

  6.    HIDUP DALAM KUMPULAN

      -Sesetengah haiwan tinggal dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam                 kumpulan. Ini membenarkan haiwan ini mempertahankan diri bersama-sama ketika             dalam bahaya.

      -Contoh haiwan yang hidup berkumpulan ialah gajah, kuda belang dan singa.


Sekumpulan gajah
Sekumpulan kuda belang



Sekumpulan singa


Video gajah melindungi diri dengan bergerak ke suatu tempat secara berkumpulan


50 comments:

  1. Blog informasi yang berguna untuk saya dan murid2 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. :) harap sedikit sebanyak membantu

      Delete
    2. bahan yg amat berguna utk menyiapkan folio sc ank sy...terima kasih byk2...smoga dirimu sefamily dimurahkan rzki...aamiinn...

      Delete
    3. Terima kasih kerana saya boleh tahu untuk peperiksaan saya ini:)

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian.
    Lengkap..
    Sonang keje pakcik utk buku scrap anak pakcik.. hahaha

    Mintak halal apo yg pakcik cedok kat sini yer cikgu Comel :P

    ReplyDelete
  3. tqvm kerana dpt membantu anak saya membuat folio

    ReplyDelete
  4. bahan yang diberi sangat berguna. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Blog ni bila punya.Sangat bagus untuk UPSR Sains

    ReplyDelete
  7. Blog ni bila punya.Sangat bagus untuk UPSR Sains

    ReplyDelete
  8. blog ini sangat bagus..... saya suka saya suka

    ReplyDelete
  9. .,. sangat bagus untuk membuat skrap book, terima kasih!

    ReplyDelete
  10. memberi maklumat yang betul.Syabas

    ReplyDelete
  11. Bagus... tetapi tak x mata palsu

    ReplyDelete
  12. Baguslah..ank sya upsr tahun ni memang bagus ulangkaji

    ReplyDelete
  13. Terima kasih bagus betul nota ni

    ReplyDelete
  14. TERIMA KASIH CIKGU,DAPAT SAYA SIAPKAN BUKU SKRAP SAINS SAYA

    ReplyDelete
  15. nk tny....klu katak yer.........

    ReplyDelete
  16. terima kasih memberi manfaat yang baik kepada saya,semoga berjaya cikgu...

    ReplyDelete
  17. Terima kasih sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalajengking macam mana ya...����

      Delete
  18. Sains tahun 5 melindung diri daripada musuh

    ReplyDelete
  19. Terima kasih sebab kongsikan benda berfaedah ini. Senanglah Saya nak menjawab soalan soalan cikgu Saya . Sekali lagi Saya ucapkan terima kasih

    ReplyDelete
  20. Saya boleh menggulang kaji pelajaran sains ini. Saya juga boleh berkongsi Dengan rakan rakan Saya Yang Ada masalah pelajaran. Saya pun semakin berjaya dalam subjek sains ni.

    ReplyDelete
  21. Selamat Hari raya maaf zahir Dan batin. Terima kasih , Saya boleh mendapat keputusan cermelang dalam upsr tahun depan

    ReplyDelete
  22. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Sangat membantu anak².

    ReplyDelete
  23. Terima kasih atas perkongsian ilmunya

    ReplyDelete
  24. terimah kasih atas jawapan ini

    ReplyDelete
  25. Bagaimana kalau kanggaru?

    ReplyDelete
  26. terima kasih. sangat berguna mengajar adik saya darjah 5.

    ReplyDelete
  27. Boleh lag says mints Iphone pro.... 🥺

    ReplyDelete
  28. haiwan bernama armadilo x dk ka

    ReplyDelete
  29. KALAU KUCING KUKU TAJAM BOLEH MELUKAKAN MUSUH

    ReplyDelete