INFO SAINS



TAHUKAH ANDA?

Kelawar menghasilkan gelombang bunyi yang kuat. Jika bunyi itu terkena serangga, ia akan terpantul semula ke telinga kelawar. Bunyi yang terpantul memberi maklumat tentang saiz dan kedudukan serangga. 





TAHUKAH ANDA?

Reptilia yang bergerak paling laju ialah iguana ekor berduri. Haiwan ini boleh 

bergerak 35 kilometer per jam.







TAHUKAH ANDA?


Harimau bintang (cheetah) mempunyai badan yang fleksibel dan panjang yang

 membolehkannya melompat sejauh 8 meter dengan sekali lompatan.






TAHUKAH ANDA?

Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana

 nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan.






TAHUKAH ANDA?

Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu

mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda jauh.


TAHUKAH ANDA?

Jerung putih mempunyai 300 gigi taring yang tajam di dalam mulutnya. 

Rahangnya cukup besar dan luas untuk menelan sekaligus keseluruhan anjing laut.












4 comments: